Skip to main content

Bagaimanakah jika kunci akses saya tidak berfungsi?

Jika anda menerima mesej ralat: “Nampaknya kunci akses anda tidak sah. Jika hal ini berlaku lagi, sila hubungi pengurus perkhidmatan anda”. Ikut langkah yang berikut untuk menyelesaikan masalah tersebut:

  1. Pastikan anda memasukkan kunci akses sepenuhnya, termasuk lima aksara yang pertama, “ss://”, yang mungkin tidak disalin secara automatik kepada papan keratan. Yang berikut ialah contoh rupa kunci akses yang lengkap (sampel sahaja, tidak akan berfungsi):
ss://[email protected]:39485/?outline=1
  1. Jika kunci akses anda tidak disalin langsung kepada papan keratan anda, hal ini mungkin disebabkan oleh apl atau platform pemesejan anda. Hal ini berkemungkinan besar berlaku apabila anda menerima mesej daripada seseorang yang tiada dalam senarai kenalan anda. Jika anda menyalin kod daripada mesej, pastikan pengirim ditambahkan pada kenalan anda, kemudian cuba akses pautan itu sekali lagi.
  2. Jika anda telah melengkapkan langkah 1 dan 2 dan masih menerima mesej ralat, pelayan berkemungkinan besar disekat atau kunci akses tidak sah lagi. Jika anda pengurus perkhidmatan, cuba jana kunci baharu untuk diri anda sendiri. Sekiranya tidak, hubungi pengurus perkhidmatan anda untuk mendapatkan kunci yang baharu.