Mengapakah saya tidak boleh memasang Outline Client pada Windows?
Anda mungkin melihat mesej ralat ini: “Maaf, nampaknya Outline tidak dipasang dengan betul. Sila cuba pasang sekali lagi. Jika langkah tersebut tidak berfungsi, sila serahkan maklum balas”.
Jika anda menggunakan Outline pada Windows, kadangkala, anda mungkin menemukan ralat yang di luar jangkaan. Dalam kebanyakan keadaan, penyesuai TAP Outline (pemacu) perlu dipadamkan dan Outline perlu dipasang semula.
Langkah-langkah yang diperlukan mungkin berbeza berdasarkan versi sistem pengendalian Windows anda tetapi langkah yang berikut merupakan langkah umum cara menyahpasang penyesuai TAP dan Outline, kemudian memasang semula Outline.
- Nyahpasang penyesuai TAP untuk Outline Client
- Akses Pengurus Peranti, kemudian Penyesuai Rangkaian
- Cari fail Penyesuai TAP-Windows V9 atau penyesuai TAP yang berkaitan dengan Outline
- Nyahpasang atau padamkan penyesuai ini. Harap maklum bahawa tindakan ini boleh mempengaruhi apl VPN lain yang telah anda pasang.
- Nyahpasang Outline Client
- Akses Atur Cara & Ciri, kemudian akses Nyahpasang Atur Cara
- Cari apl Outline Client dan nyahpasang Outline Client
- Muat turun versi terkini Outline Client dan pasang semula Outline Client pada peranti Windows anda. Pemasangan baharu ini sepatutnya memasang penyesuai TAP baharu secara automatik.
Jika anda masih menghadapi masalah, hubungi sokongan.