Skip to main content

Bagaimanakah cara menyediakan pelayan Outline?

Penyediaan pelayan Outline ialah langkah pertama untuk anda menggunakan Outline. Anda atau seseorang yang anda percayai perlu menyediakan pelayan untuk anda supaya anda dapat disambungkan kepada Internet terbuka menerusi Outline.

Sebelum anda bermula

Sebelum anda mula menyediakan pelayan Outline, anda memerlukan beberapa perkara:

  1. Akses kepada pelayan anda sendiri atau penyedia perkhidmatan Awan, seperti DigitalOcean, Amazon Web Services (AWS) atau Google Cloud Platform (GCP).

Jika anda tidak mendapat akses serta-merta kepada pelayan awan, anda boleh menyediakan akaun dengan mudah dengan mana-mana penyedia, termasuk penyedia yang disenaraikan di atas. Anda berkemungkinan besar memerlukan kad kredit untuk mendaftar. 2. Komputer meja yang menjalankan macOS 10.9+, Windows 7.0+ atau Linux. 3. Aplikasi Outline Manager.

Sediakan dengan DigitalOcean

Kami memudahkan sesiapa sahaja untuk memasang Outline pada DigitalOcean dengan hanya beberapa klik. Selepas memuat turun dan memasang Outline Manager pada komputer anda, anda boleh memilih pilihan persediaan DigitalOcean yang akan membimbing anda menerusi beberapa skrin ringkas untuk mengkonfigurasikan dan memasang Pelayan Outline anda.

Sediakan dengan penyedia awan yang lain

Selepas memuat turun dan memasang Outline Manager, anda boleh memilih untuk memasang pelayan Outline pada mesin maya dengan AWS, GCP, DigitalOcean atau penyedia lain. Setiap persekitaran berbeza, oleh hal yang demikian kami telah menyertakan arahan dalam aliran persediaan Outline Manager untuk penyedia awan yang paling biasa, termasuk cara mengkonfigurasikan tetapan pada mesin maya anda sebelum anda menjalankan skrip pemasangan untuk memasang Outline pada pelayan.

Perlukan bantuan lanjut?

Semak Soalan Lazim persediaan pelayan Outline kami.