Cara menghantar maklum balas atau cadangan
Terima kasih kerana membantu kami menjadikan Outline lebih baik! Terdapat beberapa cara menghantar maklum balas kepada kami, sama ada secara awanama atau dengan e-mel anda jika anda memerlukan balasan:
- Untuk pembangun: Outline ialah perisian sumber terbuka dan kami mengehos kesemua kod kami pada GitHub. Anda boleh berkongsi idea pada GitHub atau pada komuniti Reddit kami.
- Untuk pengguna: Anda boleh menghantar maklum balas kepada kami melalui apl Outline atau Outline Manager. Beritahu kami maklum balas anda dan, secara alternatif, tinggalkan e-mel supaya kami boleh menulis kembali kepada anda tentang hal ini. Kami juga mengumpulkan sesetengah metadata tentang persekitaran anda, supaya kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah, seperti penyemak imbas anda, sistem pengendalian dan versi perisian yang anda gunakan.
- Melalui laman ini: Anda boleh mengklik pada pautan hubungi kami pada mana-mana laman ini yang anda melihat pautan tersebut.
- Masalah yang serius: Jika anda mahu melaporkan masalah keselamatan yang serius, kami amat menghargai sekiranya anda menghantar e-mel kepada kami dengan butiran pada security [at] getoutline.org.
Terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa untuk berkongsi fikiran anda dengan kami.