Skip to main content

Mengapakah saya tidak boleh memasang Outline Manager pada Windows?

Anda mungkin melihat mesej ralat ini: “Maaf, nampaknya Outline tidak dipasang dengan betul. Sila cuba pasang sekali lagi. Jika langkah tersebut tidak berfungsi, sila serahkan maklum balas”.

Jika anda menggunakan Outline pada Windows, anda mungkin menemukan ralat yang tidak dijangka dari semasa ke semasa. Dalam kebanyakan keadaan, penyesuai TAP Outline (pemacu) perlu dipadamkan dan Outline perlu dipasang semula.

Langkah yang diperlukan mungkin berbeza berdasarkan versi sistem pengendalian Windows anda. Yang berikut merupakan langkah umum untuk menyahpasang penyesuai TAP dan Outline Manager, kemudian memasang semula Outline Manager.

  1. Nyahpasang penyesuai TAP untuk Outline Manager
    1. Akses Pengurus Peranti, kemudian Penyesuai Rangkaian
    2. Temukan fail Penyesuai TAP-Windows V9 atau penyesuai TAP yang berkaitan dengan Outline
    3. Nyahpasang atau padamkan penyesuai ini. Harap maklum bahawa tindakan ini boleh mempengaruhi apl VPN lain yang telah anda pasang.
  2. Nyahpasang Outline Manager
    1. Akses Atur Cara & Ciri, kemudian akses Nyahpasang Atur Cara
    2. Temukan apl Outline Manager dan nyahpasang Outline Manager
    3. Muat turun versi terkini Outline Manager dan pasang semula pada peranti Windows anda. Pemasangan baharu ini sepatutnya memasang penyesuai TAP baharu secara automatik.

Jika anda masih menghadapi masalah, hubungi sokongan.