Skip to main content

Urus akses kepada pelayan Outline (dengan kunci akses)

Setelah anda selesai memasangkan pelayan Outline anda, kini anda boleh mula berkongsi dan mengurus akses orang kepada pelayan ini. Orang yang menerima undangan daripada anda akan dapat memuat turun apl Outline untuk menggunakan Outline bagi melindungi trafik Internet.

Kongsi akses kepada pelayan Outline anda

Setelah anda selesai memasangkan pelayan Outline, anda akan dihalakan kepada halaman butiran pelayan pada Outline Manager, yang membolehkan anda membuat kunci akses. Ketahui tentang kunci akses dengan lebih lanjut.

  • Buat kunci: Klik ikon "+" yang kecil pada bahagian bawah halaman untuk membuat kunci baharu.
  • Kongsi kunci: Pada sebelah kanan setiap kunci, terdapat ikon kongsi yang boleh anda klik untuk mendapatkan undangan. Salin dan tampal undangan ini dalam sistem pemesejan pilihan anda.

Permintaan ciri: Perkongsian akses dalam apl Outline Manager

Ramai pentadbir pelayan meminta kami menyelaraskan proses undangan dengan memberi mereka pilihan untuk memasukkan alamat e-mel seseorang terus dalam Outline Manager.

Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak berkemungkinan membina kefungsian ini dalam Outline Manager. Salah satu prinsip teras kami adalah untuk menyokong privasi dan keselamatan pengguna kami, yang bermaksud bahawa kami tidak mereka bentuk apa-apa tempat untuk memasukkan alamat e-mel atau maklumat hubungan.

Sebab inilah kami meminta pentadbir pelayan menggunakan platform pemesejan selamat, seperti e-mel atau sembang selamat, untuk menghantar undangan kepada pengguna akhir.

Perkara yang dialami pengguna selepas anda berkongsi kunci akses dengan mereka

  1. Pengguna akan mengklik pada pautan pemasangan daripada peranti mereka
  2. Mereka akan digesa supaya memasang apl Outline jika mereka belum mempunyai apl itu
  3. Mereka akan menetapkan sambungan awal kepada pelayan Outline anda melalui kunci unik yang dibenamkan dalam undangan
  4. Kini mereka boleh menggunakan butang sambung/putus sambungan untuk mengurus akses mereka kepada Internet melalui pelayan Outline anda

Alih keluar akses kepada pelayan Outline anda

Daripada halaman butiran pelayan dalam Outline Manager, pada sebelah kanan setiap kunci pada pelayan, anda akan melihat menu dengan pilihan untuk memadamkan kunci. Tindakan memadamkan kunci akan mengalih keluar akses mereka kepada pelayan anda.