Pengumpulan Data dan Maklumat
Outline tidak mengumpulkan maklumat peribadi melainkan anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut. Outline juga tidak mengumpulkan maklumat tentang laman web yang anda lawati, orang yang berkomunikasi dengan anda atau perkara yang anda bincangkan.
Sekiranya anda membuat atau log masuk ke akaun dengan penyedia awan pihak ketiga melalui Pengurus Outline, kami tidak memperoleh sebarang maklumat yang anda berikan kepada penyedia awan pihak ketiga anda, seperti alamat e-mel, nama, maklumat pengebilan dan butiran pembayaran anda.
Maklumat yang kami peroleh secara automatik
Kami mengumpulkan dua jenis maklumat secara automatik.
- IP Pelayan
IP pelayan Outline dikumpulkan oleh Quay.io dan boleh kami akses apabila pelayan dikemaskinikan secara automatik dengan keselamatan dan peningkatan ciri terkini. IP Pelayan boleh mengenal pasti penyedia pelayan awan dan bandar tempat pelayan Outline disediakan tetapi maklumat tentang pengguna yang menjalankan pelayan atau pengguna yang sedang mengakses pelayan tersebut tidak disediakan.
- Maklumat teknikal bukan peribadi yang boleh dikenal pasti
Jika Outline ranap, berlaku pengecualian maut atau jika anda menghantar maklum balas secara manual melalui apl Outline, maklumat yang tersenarai di bawah akan dilaporkan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengenal pasti dan membaiki masalah kestabilan atau prestasi.
- Negara
- Penempatan
- Tarikh dan masa ranap / pengecualian 100 peristiwa terdahulu, seperti pengguna membuka bahagian ‘Perihal’
- Mesej pengecualian yang dikumpulkan secara statik
- Nama dan versi OS
- Model telefon (jika berkenaan)
- Masa mula apl
- Penyemak Imbas
- Seni bina
- Versi dan nombor binaan Outline
Maklumat ini dipindahkan menggunakan HTTPS kepada Sentry (sentry.io), sebuah penyedia penjejakan ralat sumber terbuka pihak ketiga. Sentry menggunakan pelbagai teknologi dan perkhidmatan standard industri untuk melindungi data anda daripada akses tanpa izin, pendedahan, penggunaan dan kehilangan. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang dasar Sentry, sila lawati https://sentry.io/security/ dan https://sentry.io/privacy/ atau hubungi [email protected]. Semua data Outline yang disimpan oleh Sentry dihadkan supaya hanya ahli pasukan Outline boleh mengakses data itu.
Maklumat yang kami peroleh sewaktu anda ikut serta
Outline melaporkan maklumat yang berikut kepada pasukan Outline semasa anda ikut serta.
- Metrik penggunaan
Setiap pelayan Outline secara automatik mengumpulkan, sepanjang jam sebelumnya dan berdasarkan setiap kunci akses, bilangan bait yang dipindahkan, jumlah masa pengguna disambungkan kepada pelayan, negara dan sistem berautonomi asal bagi bukti kelayakan yang digunakan serta sama ada sebarang ciri telah didayakan atau dilumpuhkan. Kandungan komunikasi atau metadata peribadi yang boleh dikenal pasti (mis. log masuk, e-mel, ID peranti dsb.) tidak dilogkan. Semua metrik terikat dengan ID pelayan. Arahan untuk menukar ID pelayan boleh ditemukan di sini.
Secara lalai, Pelayan Outline tidak berkongsi metrik ini dengan pasukan Outline. Jika pentadbir Pelayan memilih untuk berkongsi metrik penggunaan secara jelas, maklumat ini akan dihantar secara selamat kepada pasukan Outline setiap jam. Selepas 60 hari, metrik penggunaan akan diagregatkan kepada peringkat negara. Pentadbir pelayan boleh menukar keutamaan perkongsian metrik penggunaan mereka pada bila-bila masa dengan melawat menu ‘Tetapan’ dalam Pengurus Outline.
Kami menghargai perkongsian metrik awanama penggunaan pelayan anda dengan kami kerana kami menggunakan metrik ini untuk mengukur aliran penggunaan dan meningkatkan produk.
Sebagai contoh, jika pentadbir Pelayan memilih untuk berkongsi metrik penggunaan dengan kami, kami boleh menerima maklumat yang menunjukkan bahawa Pelayan dengan ID 12345 telah digunakan selama 3 jam semalam, memindahkan sejumlah 500 megabait data, daripada tiga kunci, masing-masing digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, dengan ciri had data didayakan.
- Ulasan dan e-mel anda jika anda menyerahkan maklum balas
Pengurus Outline dan Apl Outline membolehkan anda menyerahkan maklum balas kepada pasukan. Kami mengesyorkan supaya tidak menyertakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tetapi medan e-mel tersedia sebagai pilihan jika anda mahu jawapan daripada pasukan. Kami juga mengumpulkan sesetengah maklumat asas secara automatik, supaya kami boleh memahami maklum balas anda. Sila lihat item 2 di atas, dalam bahagian “Maklumat yang kami peroleh secara automatik”, untuk melihat data yang kami kumpulkan. Ketahui amalan keselamatan dan privasi Outline dengan lebih lanjut di sini.
Jika anda menggunakan versi beta apl Outline pada Android, kami boleh menggunakan perkhidmatan Firebase Google untuk mengumpulkan maklumat penyahpepijatan yang boleh membantu kami mengesan masalah dan meningkatkan Outline. Anda boleh mengetahui dasar privasi dan keselamatan Firebase dengan lebih lanjut daripada laman web mereka: firebase.google.com/support/privacy. Jika anda tidak mahu Outline menghantar maklumat ini melalui Firebase, sila gunakan versi pengeluaran apl ini.