Skip to main content

Bagaimanakah cara menetapkan had data pada kunci akses?

Anda boleh menetapkan had data yang akan digunakan pada semua kunci akses. Untuk menetapkan had, buka Outline Manager dan navigasi kepada Tetapan. Pada tetapan tersebut, anda akan melihat togol Had data yang membolehkan anda menetapkan had apabila didayakan.

Data limits setting in Outline Manager

Setelah anda menetapkan had, anda boleh melihat setakat mana hampirnya pengguna kepada had pada halaman kunci akses, dengan graf bar memaparkan penggunaan data sepanjang 30 hari yang lalu.

Outline Manager's Access Key page

Selain dapat menetapkan had pada semua kunci akses, anda boleh menetapkan had data tersendiri pada setiap kunci. Tetapan ini akan menggantikan sebarang had data lalai yang anda tetapkan. Akan tetapi, jika anda tidak menetapkan had data lalai, anda masih boleh menetapkan had data untuk sebarang kunci.

Untuk menetapkan had pemindahan data kunci, buka Outline Manager, navigasi kepada tab Sambungan yang mengandungi kunci yang mahu anda tetapkan dan klik menu pada sebelah kanan baris kunci. Dari sana, klik Had Data. Untuk menukar had data pada "Kunci akses saya", klik ikon Had Data Imej ini tidak tersedia kerana: Anda tiada keistimewaan untuk melihat imej ini atau imej ini telah dialih keluar daripada sistem.

Selecting the data limit setting icon for an individual access key

Pilih Tetapkan had data tersuai. Setelah anda memilih kotak pilihan, suatu medan akan dipaparkan untuk anda menetapkan had data pelanggan untuk kunci tersebut. Klik butang SIMPAN apabila anda selesai untuk menyimpan had data.

Setting a data limit for an individual access key

Setelah anda menyimpan had pemindahan data anda untuk kunci yang dipilih, had tersebut akan ditunjukkan pada skrin utama, bersama-sama penggunaan data (sepanjang 30 hari yang lalu) untuk setiap kunci.

Untuk mengalih keluar had data daripada kunci akses, navigasi kepada dialog Had Data kunci tersebut seperti langkah sebelum ini, nyahtandai kotak berlabel Tetapkan had data tersuai dan klik butang SIMPAN.

Removing the data limit on an individual access key

Soalan Lazim Had Data

Apakah itu had data mengekor 30 hari?

Had data mengekor 30 hari akan menjumlahkan penggunaan setiap kunci sepanjang 30 hari yang lalu dan memastikan penggunaan kunci sepanjang tempoh tersebut bawah had. Kesan daripada perkara ini ialah kunci tersebut tidak boleh melebihi had sepanjang sebarang tempoh 30 hari, termasuk bulan kalendar 30 hari atau kurang. Dengan penggunaan tersebut, hal ini bermakna bahawa data yang tersedia bagi setiap pengguna akan meningkat setiap hari mengikut jumlah yang digunakan oleh mereka sepanjang 31 hari yang lalu.

Mengapakah Outline menggunakan had mengekor?

Had mengekor memberikan jaminan sepanjang tempoh 30 hari, yang bermakna had ini lebih mudah dikonfigurasikan berbanding dengan had berulang (seperti hari dalam bulan yang boleh disesuaikan) sambil memberikan jaminan yang serupa. Had mengekor juga sepadan dengan paparan sedia ada untuk penggunaan data Outline serta alatan biasa seperti perkhidmatan analisis dan statistik pelayan.

Data apakah dikira dalam had data?

Setiap laluan keluar kunci akses daripada pelayan disertakan dalam jumlah. Sebenarnya, perkara ini bermakna data dihantar keluar daripada pelayan dan kembali kepada klien bagi pihak kunci tersebut. Data ini sepatutnya sejajar dengan trafik yang dihantar kepada pelayan daripada kunci dan yang dihantar kembali, jadi kami berharap data ini akan sepadan dengan jumlah pengguna anda. Kami memilih laluan keluar kerana laluan keluar dibilkan oleh penyedia awan yang kami tinjau.

Adakah pengguna akan dimaklumi jika mereka melebihi had data?

Tidak pada masa ini. Kebanyakan penyedia awan menyertakan had seperti 1TB untuk sepanjang bulan yang boleh menyokong 10 pengguna pada 100 GB atau 100 pengguna pada 10 GB. Ini ialah angka yang agak besar dan kami tidak menjangka ramai pengguna akan mencapainya. Kami berharap pengguna akan menghubungi pengurus pelayan apabila mereka mencapai had mereka. Walau bagaimanapun, kami menghargai maklum balas anda tentang cara pemberitahuan mungkin berguna untuk kes penggunaan anda. Anda boleh menghubungi kamidi sini.

Adakah pengguna akan dimaklumi jika mereka menghampiri had data mereka?

Jumlah data baharu yang akan diterima oleh pengguna yang menghampiri had mereka berbeza-beza dari sehari ke sehari kerana jumlah ini berdasarkan penggunaan 30 hari yang lalu. Kami berpendapat amaran berkemungkinan besar mengelirukan pengguna akhir, bukannya membantu mereka. Kami menghargai maklum balas anda berkenaan dengan gelagat inidi sini.

Bolehkah saya menetapkan semula penggunaan data pengguna?

Tidak, had pengguna sentiasa termasuk penggunaan data 30 hari yang lalu. Walau bagaimanapun, anda boleh meningkatkan had data kunci mereka atau membuat kunci baharu untuk mereka.

Mengapakah sesetengah pengguna saya hilang akses sebaik sahaja saya mendayakan had data?

Had data adalah berdasarkan pemindahan data pengguna 30 hari yang lalu, yang direkodkan sama ada had data ini didayakan atau tidak. Pengguna tersebut juga mungkin telah melebihi had sebelum had ditetapkan. Harap maklum juga bahawa semua had data dikuatkuasakan, walaupun apabila menukar had data satu kunci.

Bolehkah saya menetapkan had seluruh pelayan, seperti “1 TB setiap 30 hari”?

Tidak pada masa ini. Kami mahu mendengar tentang kes penggunaan anda dengan lebih lanjut di sini.

Jika terdapat had data lalai dan had data pada kunci tertentu, yang manakah akan dikuatkuasakan?

Had data kunci tertentu akan menggantikan sebarang had data lalai (jika ada) yang telah anda tetapkan.

Bolehkah saya menetapkan had data untuk kunci tertentu tanpa menetapkan had data lalai?

Ya. Anda tidak perlu menentukan had lalai untuk menetapkan had data pada satu kunci. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan had pada satu kunci yang anda fikir mungkin dikongsi secara am untuk melindungi diri anda daripada pemindahan data berlebihan menerusi kunci tersebut.