Apakah kos menjalankan Outline?
Perisian Outline adalah percuma untuk sesiapa sahaja, sama ada anda pentadbir pelayan yang mengurus VPN atau seseorang yang menggunakan Outline untuk mengakses Internet terbuka.
Walau bagaimanapun, Outline memerlukan akses kepada pelayan awan untuk dijalankan. Pentadbir pelayan yang sudah mempunyai akses kepada pelayan boleh memasang Outline pada pelayan tersebut tanpa dikenakan sebarang kos tambahan. Mereka yang tiada akses kepada pelayan boleh mendapatkan akses daripada penyedia perkhidmatan awan seperti DigitalOcean atau Amazon Web Services untuk kira-kira $5 USD sebulan untuk 1 terabait pemindahan data yang dibenarkan — ini memadai untuk menyokong ratusan pengguna pada satu pelayan tunggal.
Satu contoh cara anda boleh membuat pengiraan untuk menentukan kos menjalankan Outline dengan penyedia awan pilihan anda:
| Dengan mengandaikan penggunaan bulanan purata 5 gigabait pemindahan data setiap pengguna, pelan $5 USD sebulan akan membolehkan kira-kira 200 pengguna serentak, menjadikan kos setiap pengguna cuma 2.5 sen sebulan. Harap maklum bahawa pemindahan data yang digunakan setiap bulan bagi setiap pengguna berbeza-beza bergantung pada sama ada pengguna melakukan aktiviti lebar jalur rendah atau tinggi tetapi kebanyakan penyedia awan akan bersikap fleksibel untuk menampung peningkatan trafik. |
|---|
Malah, penggunaan Outline adalah secara awanama sepenuhnya bagi Jigsaw dan Google. Kami tidak menjejaki identiti atau trafik anda dan tiada pelan pengewangan. Sebaliknya, kami bekerjasama dengan komuniti sumber terbuka bagi memastikan kami dapat menyediakan perisian tanpa kos kepada pengguna kami. Ketahui data yang kami kumpulkan dengan lebih lanjut di sini.