Skip to main content

Soalan Lazim persediaan pelayan Outline

Bolehkah saya menggunakan Outline tanpa pelayan?

Dukacita dimaklumkan, tidak. Perisian Outline memerlukan akses kepada pelayan, sama ada pelayan yang diurus oleh anda, organisasi anda atau pihak ketiga yang dipercayai.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyediakan pelayan Outline?

Dalam kebanyakan keadaan, kurang daripada 5 minit. Anda boleh memasang Outline pada mana-mana pelayan awan tetapi kami bekerjasama dengan DigitalOcean untuk menawarkan pengalaman pemasangan yang lebih terpandu dan mesra pengguna yang membolehkan anda menyediakan pelayan anda dengan beberapa klik sahaja—tanpa skrip.

Jika anda memilih AWS, GCP atau persediaan lanjutan, kami telah mempermudah proses pemasangan pelayan kepada skrip tunggal yang mengendalikan sebahagian besar persekitaran.

Di manakah boleh saya menyediakan pelayan Outline?

Anda boleh menyediakan pelayan Outline pada kebanyakan penyedia awan di mana-mana sahaja penyedia ini beroperasi.

Pilihan termudah adalah untuk menyediakan pada DigitalOcean kerana DigitalOcean memiliki pelayan di beberapa lokasi seperti Amsterdam, Toronto, San Francisco dan Singapura. Jika anda lebih suka memasang pada penyedia awan yang lain atau pada infrastruktur anda sendiri, anda boleh memilih ‘Mod Lanjutan’ dalam aplikasi Outline Manager dan mengikut arahan pemasangan menggunakan skrip persediaan.

Di manakah patut saya menyediakan pelayan Outline saya?

  1. Terdapat beberapa pertimbangan yang patut anda buat apabila memilih lokasi untuk Pelayan Outline anda:
  2. Lokasi Pelayan Outline memberikan kesan terhadap pengalaman Internet pengguna. Sebagai contoh, jika pelayan terletak di Amsterdam, pengguna yang mengakses pelayan ini akan mengalami internet seolah-olah mereka terletak secara fizikal di negara Belanda. Sesetengah laman web malahan mungkin memaparkan dalam Bahasa Belanda. Lazimnya, anda boleh mengatasi bahasa setempat menggunakan pemilih bahasa pada laman web tersebut.
  3. Jarak antara pengguna anda dengan Pelayan Outline boleh mempengaruhi kelajuan anda. Secara am, jarak fizikal antara pengguna Outline dengan pelayan boleh memberi impak kepada kelajuan internet pengguna. Dalam sebahagian besar keadaan, anda boleh memilih lokasi pelayan yang paling hampir dengan lokasi anda menjangkakan pengguna anda akan berada tetapi anda boleh menyemak Peta Kabel Dasar Laut untuk melihat kabel Internet yang bersambung dengan negara atau rantau anda.
  4. Lokasi pelayan VPN anda boleh mempengaruhi rangka kerja undang-undang. Harap maklum bahawa perisian Outline tidak melog trafik anda. Ketahui Keselamatan dan privasi semasa menggunakan Outline dengan lebih lanjut.