Bagaimanakah cara mendapatkan kunci akses?
Outline tidak seperti perkhidmatan VPN yang anda beli akses; Outline ialah alat yang membolehkan anda menjalankan dan berkongsi akses kepada pelayan VPN peribadi. Pengurus perkhidmatan ialah satu-satunya orang yang boleh menyediakan kunci akses. Pasukan Outline tidak mengedarkan kunci akses percuma atau berbayar. Kami tiada sebarang rakan kongsi kunci akses Outline rasmi, kecuali Paskoocheh dalam bahasa Parsi.
Yang berikut ialah tiga pilihan untuk mendapatkan kunci akses:
- Minta seseorang mengundang anda kepada pelayan mereka: Jika anda mengetahui seseorang dengan pelayan Outline, hubungi mereka dan minta kunci akses daripada mereka.
- Buat pelayan sendiri: Dengan menggunakan komputer Windows, Mac atau Linux, muat turun Outline Manager dan sediakan pelayan Outline peribadi anda sendiri. Kami telah memudahkan proses ini untuk semua pengguna, khusus menerusi penyedia perkhidmatan awan DigitalOcean.
- Gunakan perkhidmatan Outline atau Shadowsocks: Klien Outline juga boleh digunakan dengan perkhidmatan pihak ketiga yang menggunakan protokol Outline atau Shadowsocks. Contohnya:
- nthLink menjalankan perkhidmatan percuma berdasarkan Outline, dengan versi klien Outline yang diubah suai.
- ASL19 menjalankan versi Outline yang diubah suai yang dipanggil BeePass serta bot Telegram yang memberikan kunci akses percuma kepada pelayan BeePass.
- Pengguna bahasa Parsi juga boleh meminta kunci akses Outline daripada Paskoocheh ASL19.
Selepas memuat turun apl Outline Client, salin dan tampal kunci akses anda dalam Outline Client untuk disambungkan kepada pelayan Outline.